Read more

Anak anda ataupun anda merupakan seorang pelajar IPT yang masih melanjutkan pelajaran? Berita baik untuk pelajar Sabah! Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan dua bantuan yang bakal memanfaatkan pelajar sekolah  dan buat pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT. Dua Bantuan itu adalah :

  • Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) - Untuk Pelajar IPT

  • Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) - Untuk Pelajar Sekolah

Bantuan ini akan diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pengajian ke IPT dan pelajar sekolah. Melalui bantuan ini, ia membabitkan peruntukan sebanyak RM12 juta dan bertujuan untuk membantu anak-anak Sabah agar dapat meneruskan pembelajaran tanpa masalah kewangan. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada kategori kelayakan.

Berikut adalah perincian dan kadar mengenai kedua-dua bantuan ini, Bantuan Pelajar Sabah Budi dan Bantuan Bakti.


BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Berikut adalah kadar jumlah bantuan Khas Tunai Peperiksaan BAKTI untuk pelajar sekolah :

  • RM200 setiap pelajar

Melalui pemberian bantuan ini, ianya akan melibatkan untuk pelajar sekolah yang akan menduduki :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Semester akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
Nota Buat masa ini, tiada sebarang makluman mengenai permohonan atau tarikh pengagihan dinyatakan dengan rasmi. Sekiranya ada makluman terbaru, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa.



BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT (BUDI)


Satu lagi bantuan iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) di mana bantuan ini khusus untuk para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Bantuan ini bakal dilancarkan pada Mac tahun ini. Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama bakal menerima bantuan pada kadar :

  • RM2,000 setiap pelajar

SYARAT KELAYAKAN BAGI PENERIMA BANTUAN BUDI (IPT)

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk penerima bantuan BUDI iaitu :
  • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
  • Berumur tidak lebih 25 tahun
  • Melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga merupakan golongan B40 dan M40 berpendapatan RM5,000 ke bawah
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI
  • Pemohon yang melanjutkan pengajian ke IPT, IPTS tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT masing-masing
Nota : Tarikh tutup permohonan BUDI ialah 30 Oktober 2021. Buat masa ini, tiada sebarang makluman permohonan mengenai bantuan BUDI dinyatakan kerana bantuan ini bakal di lancarkan pada Mac 2021.



Mungkin anda berminat untuk baca : Permohonan Rumah Mesra Rakyat Sebulan RM300